Cara Buat Blog Percuma Dengan Mudah [2022]

Dah masuk tahun 2022 mungkin ada pembaca yang ingin menulis di blog sendiri. Untuk permulaan dan mudah boleh gunakan blogspot ataupun wordpress versi percuma.

Untuk blogspot syaratnya mudah sahaja iaitu perlu ada akaun Google. Kalau ada email gmail tu kira dah boleh mula gunakan blogspot.

Kenapa Mulakan Dengan Platform Blog Percuma?

Untuk permulaan berblog anda perlu sediakan diri dengan pelbagai fungsi blog yang ada seperti cara menulis, cara untuk terbitkan artikel dan juga cara untuk dapatkan pembaca. Yelahkan dah penat-penat tulis artikel tetapi tak ada yang baca.

Rasa rugi pula nanti. Lainlah kalau anda memang tulis untuk tujuan dibuat diari dan memori sendiri sahaja.

Anda patut mulakan dengan platform blog percuma kerana ada bayaran untuk kekalkan nama blog tahunan seperti namablog.com. Paling kurang kos tahunan adalah sebanyak RM75 untuk nama domain sahaja.

cara buat blog sendiri percuma 2022

Perbezaan Platform Blog Berbayar dan Percuma

Jika anda gunakan platform percuma seperti di Blogger.com iaitu milik Google, anda tidak perlu bayar untuk mulakan blog sendiri. Cuma bezanya blog anda akan kelihatan seperti nama ini NamaBlog.blogspot.com ataupun NamaBlog.wordpress.com.

Akan ada perkataan plaftorm yang digunakan di bahagian belakang nama blog anda iaitu sama ada blogspot.com, wordpress.com ataupun wix.com. Mana-mana platform percuma yang anda lebih gemarkan.

Jika anda ingin gunakan nama unik seperti nama blog ini eksplorasilea.com (eksplorasilea adalah nama unik/nama domain berbayar) anda boleh beli di pendaftar seperti NetKL.

Kesimpulan

Untuk permulaan mula berblog anda boleh gunakan platform percuma sahaja. Kalau berminat untuk bina blog yang lebih pro boleh cuba rujuk di kos bina blog.

Jika anda ingin mula terjun ke dunia blog secara professional maka barulah pertimbangkan untuk beralih ke platform berbayar seperti wordpress.org.

2 thoughts on “Cara Buat Blog Percuma Dengan Mudah [2022]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.