Resepi Ikan Stim Ala Kantonis Mudah

Antara menu yang sihat untuk seisi keluarga adalah ikan stim ala kantonis yang sangat sedap. Menu ini antara yang paling mudah untuk dimasak dirumah. Selain kurang minyak, ianya boleh dikategorikan antara menu sihat dan kurang berlemak. 

Kalau korang jenis yang jaga makan ataupun sedang berdiet, maka menu ikan stim adalah antara yang sesuai diamalkan. Jom saya kongsikan cara nak masak ikan stim ala kantonis ni.

Cepat dan mudah dimasak

Resipi Ikan Siakap Stim Ala Kantonis Mudah

Bahan-bahannya :

  • Ikan siakap seekor
  • Halia satu inci (sebesar ibu jari tangan)
  • Bawang putih 2 ulas
  • Daun bawang
  • Sos tiram
  • Kicap manis/biasa
  • Cili potong (optional*)
 
Optional* = Nak letak atau tidak pun terpulang pada individu
 
Cara-caranya ialah :

  • Bersihkan ikan dan lumur dengan garam.
  • Kemudian hiris halia nipis2 dan letakkan pada ikan dan stim hingga separuh masak
  • Buangkan air stim tersebut.
  • Tumiskan bawang putih sehingga agak garing
  • Kemudian tambahkan sos tiram yang dicampur air panas sedikit serta kicap manis.
  • Tuangkan pada ikan yang telah masak/di stim tadi.
  • Sedia dihidang dengan nasi panas.

Kalau ikutkan resepi asal mungkin lebih complicated gitu, tadi kita buat ikut bahan yang ada dalam peti ais je la hehe. Dah siap ikan masak stim simple penuh khasiat kurang lemak dan minyak. 


Sedia dimakan dengan nasi panas-panas.

Jom tengok antara resepi Ikan Stim Dengan Esen Ayam 

Anda mungkin berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.