Rezeki Buah Durian Untuk Anak-Anak

Semalam sikecil tanya bila nak pergi beli durian? Saya bukannya taknak pergi beli, cuma tempat yang murah tuh agak jauh dari rumah. Lagi satu sebab malas pula nak merentas roadblock walaupun masih dalam lingkungan jarak yang dibenarkan. 


Entah macam mana, petang semalam tiba-tiba mood rajin sampai saya keluar juga ke gerai durian yang berkenaan. 


Perlu ke Ada Bajet Untuk Beli Durian? 


Masa sampai tu saya memang dah setkan jumlah bajet untuk beli durian. Bukanlah nak berkira dengan anak-anak cuma precaution la supaya tak melebih-lebih dan akhirnya membazir. Sampai gerai saya dah berkira-kira nak beli durian jenis D101 dalam RM25 ke RM28 sekilo dekat sini. Kalau ada durian kampung pun okey juga.


Peniaga tanya bajet saya berapa masa tengah pilih-pilih tuh dan saya terdiam kejap. Tak terluah nak jawab bajet sekian-sekian. Haha ! Entah ye tiba-tiba segan pula nak beritahu. 


Kemudian peniaga nih offer saya nak tak beli yang longgok. Saya jawab tak nak la sebab takut dah masam dan isi rosak ditebuk tupai gitu. Beria dia yakinkan saya buah baru dan memang gred D101, isi besar cantik dan sebenarnya tak rosak. Cuma kulit durian je hitam sikit. 


Dalam sibuk pilih durian peniaga nih terus masukkan dalam plastik dua biji dari bahagian longgok. Katanya untuk anak-anak sebab dari awal sampai saya beritahu nak beli durian untuk anak-anak sahaja. Saya bukan ‘hantu durian’ jadi memang saya tak akan beli banyak sebab nanti takut tak habis. 


Kemudian peniaga pujuk juga minta saya beli yang longgok dengan jaminan kalau busuk boleh pulangkan. Bila dah ada jaminan macam tu apa lagi kan, terus la setuju !


Banyak juga dia masukkan dalam plastik. Kira-kira dalam lapan biji durian jenis D101 dengan harga hanya RM6 sekilo. Itupun ada lagi peniaga tambah. Sedekah untuk anak-anak katanya. Saya pula biasalah terima dengan hati terbuka. Dasar mak-mak macam ni la kalau boleh jimat kita jimat kan hehe.


harga durian gred D101
Cantik isi duriannya.


Sampai rumah biasanya saya memang kopek semua dah masukkan isi durian kedalam bekas lain. Simpan dibahagian beku. Jadi bila-bila anak nak makan tinggal defrost sahaja. Alhamdulillah, memang betullah apa yang peniaga tu kata, buah durian tu memang semuanya elok. 


Cantik-cantik dan isinya kekuningan manis, rasa berlemak sikit. Alhamdulliah rezeki anak-anaklah dapat makan puas-puas durian D101 kali nih. 


Untuk keseluruhan kos, saya cuma bayar dalam RM30 (sebenarnya dalam RM30 lebih tapi peniaga bagi diskaun lagi) sahaja untuk lebih lapan biji durian. Maknya pun tumpang makan juga seulas dua.

Anda mungkin berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.