Seborin Hair Tonic Review Untuk Rambut Gugur

Lepas dah cuba macam-macam produk akhirnya saya nak review Seborin Hair Tonic khas untuk rambut gugur. Beli untuk suami sebenarnya, tapi saya pun guna juga sebab ada masalah yang sama.

Masalah rambut gugur ni bukan setakat masa mandi je nampak banyak gugur, kadang-kadang masa tengah buat kerja seperti memasak atau masa kemas rumah pun boleh nampak banyak rambut gugur dekat lantai.

Suami pulak makin lama makin botak bahagian tengah kepala beliau. Sedih pulak tengok.

Seborin Hair Tonic Review Untuk Masalah Rambut Gugur

Mula-mula nak beli produk lain tapi pharmacist yang ada masa tu beliau cadangkan Seborin Hair Tonic dari Schwarzkopf.

Produk ini merupakan produk import dari Jerman. Selain Seborin hair tonic sebelum ni ada juga pernah cuba produk import dan juga tempatan tetapi belum nampak kesan positif dekat rambut gugur tu. Lagi satu sebab baru nak cuba mungkin juga faktor harga.

Jadi berbaloi ke tidak harga Seborin Hair Tonic ni dengan keberkesanannya? Jom baca lagi.

review seborin hair tonic untuk rambut gugur kebotakan

Antara kebaikan Seborin Hair Tonic ini ialah;

  • Bantu pertumbuhan anak rambut baru
  • Menyihatkan kulit kepala
  • Kurangkan masalah kelemumur
  • Bagus untuk mereka yang ada masalah rambut nipis

Terdapat Juga Dalam Bentuk Syampu

Selain daripada tonik rambut gugur, Seborin juga ada dalam bentuk syampu untuk rambut gugur dan mengalami kebotakan.

Jadi korang boleh gunakan kedua produk ni dalam satu masa. Memang pakej yang sesuai sangat la kan untuk kita yang ada masalah rambut gugur.

Lepas dah shampoo maka sambung pakai tonik Seborin pulak.

Kesan dan Review Pakai Seborin Hair Tonic

Lepas dalam dua minggu memang dah mula nampak anak rambut naik dekat bahagian yang mengalami kebotakan terutamanya suami. Memang rasa teruja dan happy sebab nampak ada perubahan terutaman anak rambut baru dah mula ada.

Bila dah nampak anak rambut naik ni korang kena teruskan pakai secara konsisten ye. Jangan skip dengan jenis tonik rambut gugur yang lain. Pakai satu-satu dan kena bersabar.

Lain orang lain kesannya dan juga ada yang lambat baru nak naik anak rambut. Ada yang pakai sekejap dah ada kesan.

Bau dan Kesan Pakai Seborin Hair Tonic

Nak kata bau tonik ni wangi tak la jugak. Bau macam ubat. Macam saya dan suami pakai masa sebelum tidur. Kalau suami pakai masa nak pergi kerja macam tak sesuai pula sebab bau tonik ni agak kuat.

Jadi korang pakai masa sebelum tidur. Kesan penyerapan tonik ni sangat cepat. Masa ni saya tuang tonik dalam satu bekas penyembur kecil.

Kemudian masa nak guna sembur sahaja ke bahagian kulit kepala yang bermasalah.

Lepas dah sembur tonik rambut Seborin ini korang urut-urut sikit di bahagian kulit kepala tersebut.

Mana nak Dapatkan Seborin Hair Tonic Untuk Rambut Gugur?

Okey itulah pendapat serta review peribadai Seborin Hair Tonic nih. Memang berkesan untuk mereka yang ada masalah rambut gugur.

Tapi nak beli di mana?

Hampir semua farmasi yang popular ada jual Seborin Hair Tonic nih. Harga dalam lebih kurang RM47 sebotol. Cuma kalau nak murah korang boleh beli masa promosi di Shopee.

8 Comments

  1. Bagus juga hair tonic ni. Bukan hanya untuk melebatkan rambut tetapi juga menghilangkan kelemumur.

  2. First time dengar Seborin Hair Tonic nie. Sapa ada masalah rambut gugur kalau takde masa ke pusat rawatan rambut boleh la cuba Seborin Hair Tonic ni dulu 🙂
    Dah lama iena tak cuba2 produk rambut dari jenama lain sebab terikat dengan Halabo hair hehe. kalau kawan tanya boleh la cadang Seborin Hair Tonic ni kalau dorang x prefer ke pusat rawatan rambut 🙂

  3. Fafa

    Banyak jugak orang pakai jenama ni. Adik fafa pakai, alhamdulillah ok. Dah tak banyak rambut gugur.

  4. Memang femes jenama ni. Ramai rekemen hair tonic ni sesuai untuk kelemumur Dan pertumbuhan rambut.

  5. Always love to use anti hair fall serum. Gonna try this Seborin Hair Tonic brand next too

  6. Always wanna try this tonic however worry it will be too strong for me. After reading this, gonna try it. Cheers Siennylovesdrawing

  7. Pernah dengar pasal jenama ini tapi tak pernah cuba lagi kita memang ada masalah rambut gugur dan hampir nak botak… Kena cuba ni berkesan ke pada kita kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.